Batu Mustika Raja Harimau Putih

 




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Batu Mustika Raja Harimau Putih Berasal dari Bukit Batu Lawi,

Bukit Batu Lawi merupakan Sebuah Gunung bekembar yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit, Sarawak.

Didapatkan dengan kaedah ilmu Kebatinan proses pertapaan & beberapa syarat pelengkap.

Mempunyai Penjaga khodam Raja Harimau Putih.

Raja Harimau Putih dikaitkan dengan simbol & sifat kepimpinan,

kewibawaan, ketenangan dan keberanian.

♡♡♡ Manfaat & Kelebihan ♡♡♡

* Aura Penggerun Raja Harimau Putih bagi yang berniat jahat.

* Perisai Ghaib & Peninding diri Serta Dijauhkan dari perkara yang memudaratkan.

* Membantu meningkatkan daya kepimpinan dan kebijaksanaan membuat keputusan.

* Penunduk Kata

* Mempertajam Indera Ke - 6

* Mempertajam Firasat Batin

* Menguatkan Semangat pertempuran

* Mengunci Niat Jahat Musuh

* Aura Karisma Tingkat Tertinggi

* Penarik Aura Positif

* Penolak Aura Negatif

* Renungan Tajam Peluluh Semangat

* Menaik-kan Power Ilmu Kebatinan

* Membantu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai

* Membantu mempertajamkan fokus dan kepekaan terhadap keadaan Sekeliling.

* Dan Lain - Lain

♡♡♡ Penjagaan ♡♡♡

* Sapukan Minyak Zafaron Merah

( Minyak Akan Disertakan Sekali )

♡♡♡ Pantang Larang ♡♡♡

* Tidak boleh Takabur,riya & Meninggi diri

* Tidak Boleh Dilangkah Dengan Sengaja ( Sekiranya terlangkah secara tidak sengaja, Sila Mandikan / Direndam selama 15 minit kedalam Air basuhan beras yang pertama )

♡♡♡Nama Khodam Mustika ♡♡♡

* Akan diberitahu selepas pindah milik

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

WhatApp / Call : 0167679867 Man

Minyak Jayau Tiga Kambang

 




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Minyak Jayau Tiga Kambang

Salah satu minyak Jayau warisan Tanah Borneo, Diadun dengan Tiga Bunga Kambang Alam Pilihan yang sangat dikenal dinusantara,dipetik & Diproses semasa bulan penuh.

♡ Antara Tiga Bahan Utamanya ♡

1.Kambang Karamunting 

( Bunga Senduduk Putih )

2.Kambang Sarai 

( Bunga Serai )

3.Kambang Mamali

 ( Bunga Mali - Mali )

Selepas kesemua bahan dipetik semasa bulan penuh dengan kaedah Ilmu kebatinan petua orang lama kemudian dicampurkan kedalam Minyak Wangi.

Didoakan Dengan doa doa pilihan,Doa Mahabbah,Doa Pengasih, Selepas itu diembunkan dan ditapakan setiap bulan penuh selama 3x Bulan Penuh.

Sehingga Selain Mempunyai Aura Sari Bunga ia juga mempunyai Aura Cahaya Bulan Purnama.

Pemakainya Diyakini akan dilihat bercahaya berseri indah dimata laksana Bulan Purnama.

♡♡♡ Manfaat & Kelebihan ♡♡♡

* Pengasih

Disukai & Disayangi oleh orang ramai.

* Pemikat

Yang melihat Hatinya akan begetar .

* Pelaris

Mempermudahkan & Melancarkan perniagaan.

* Pemanis

Menaikan Seri Pemanis Wajah & Pemanis Tubuh Insya-Allah akan keliatan berseri seri sepanjang hari.

Sesuai untuk sesiapa sahaja baik perempuan mahupun lelaki, Tua & Muda.

♡♡♡ Penjagaan  ♡♡♡

* Tidak Memerlukan Penjagaan

♡♡♡ Pantang Larang ♡♡♡

* Tidak Boleh Dilangkah Dengan Sengaja ( Sekiranya terlangkah secara tidak sengaja, Sila Embukan / Dijemur Selama 1 Malam Dibawah Cahaya Bulan Purnama selepas itu boleh guna macam biasa.

Sekiranya minyaknya habis, Boleh Ditambah sendiri dengan Minyak wangi lain.

Jika nak tambah dengan minyak yang sama sila berhubung dengan saya.

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

WhatApp / Call : 0167679867 Man

Mustika Badar Besi Merah "Panglima Merah"

 




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Mustika Badar Besi Merah "Panglima Merah"

Sebuah Cincin Mustika Yang telah melalui beberapa tahapan proses pertapaan & Pengisian Rijalul ghaib Panglima Merah yang dikhusukan untuk pakaian diri & Warisan Pakaian Zaman dahulu.

Mustika ini telah pun ditapakan dengan Minyak Kabal Daun Taguh Sahari selama 100 Hari.

Mempunyai Aura & Energy Alam Serta Aura & Energy Ghaib yang tinggi.

Ditasak / Pengisian Dengan Ilmu - Ilmu kebatinan Pahlawan, tingkat tinggi.

Ditasak / Pengisian Dengan Ilmu - Ilmu Pahlawan zaman dulu.

Ditasak / Pengisian Ilmu PenimboL & PengampoL.

( PenimboL : Kulit,Urat,Daging )

( PengampoL : Tulang & Sum - Sum )

Ditasak / Pengisian Ilmu Sumpah Balik.

Ditasak / Pengisian Ilmu Halimunan.

Ditasak / Pengisian Ilmu AsaL Besi.

Ditasak / Pengisian Ilmu Petua Besi.

Ditasak / Pengisian Ilmu Pelangkah.

Dan Pelbagai lagi pengisian tingkat tinggi.

♡♡♡ Manfaaf & Kelebihan ♡♡♡

* Perisai & Peninding Zahir & Batin

* PenimbuL & PengampuL

* Dengan Izin Allah Insya-Allah KabaL Tidak Lut Senjata

* Dijaukan Dari Perkara yang memudaratkan

* Karisma & Kewibawaan luar biasa laksana Seorang Panglima

* Mematahkan Sihir & Santau Musuh

* Ilmu Sumpah Balik ( Secara Automatic mengembalikan Sihir,Santau ,dan permainan orang kembali kepada pengirimanya

* Pada keadaan darurat anda tidak dinampak oleh mata kasar

* Pergerakan Menjadi Laju

* Pemberat & Pembisa Pukulan

* Menaikan Semangat & Keberanian

* Dan Pelbagai Lagi

♡♡♡ Penjagaan ♡♡♡

* Sapukan Air Lelangit Dengan Ibu Jari Disertai dengan Membaca Amalan Ilmu PenimbuL.

Pantang Larang :

* Tidak boleh takabur,riya, Meninggi diri

* Tidak boleh menindas yang lemah

* Tidak boleh Cakap Besar

* Tidak boleh Memaki barang Barang Besi Seperti parang,pisau,dan lainnya kerana ianya ada ditasak ilmu Besi,ia juga Salah satu petua & Ilmu yang diberi oleh orang tua dulu.

sekiranya anda jenis panas baran sila jangan ditebus,kerana Barang ini Dikhusukan untuk Orang Yang betul2 mencari Barang Hikmat Ilmu Kebatinan Kepahlawanan Zaman dulu sebagai pakaian diri.

Yang anda akan dapat Jika berjodoh dengan Mustika ini

1.Cincin Mustika Batu Badar Besi Panglima Merah

( Dibawah Jagaan Panglima Merah )

2.Ilmu Kebatinan PenimbuL

Dibaca Diamalkan Sebelum Tidur atau Dibaca Semasa Mandi Air Embun

3.Minyak Kabal Daun Taguh Sahari yang dibuat menggunakan Daun KabaL sahari yang diambil diperdalaman Hutan Borneo.

Saiz botol yang disertakan adalah 15Ml.

Sila Gunakan & Amalkan Separuh Minyaknya Selama 7 Hari 7 Malam Disapukan ketubuh secara menyeluruh sebelum tidur untuk proses penyatuan & Pembangkitan Ilmu - Ilmu Besi didalam tubuh.

Selebihnya disimpan dan dijaga dengan baik,Hanya dipakai apabila dalam keadaan darurat semasa nak bertempur atau pada keadaaan memerlukan.

Akhir kata, semoga segala perkongsian ini memberi manfaat.

Sesungguhnya segala yang ada di bumi beserta seluruh isinya adalah ciptaam Allah SWT dan hanya dengan izin-Nya jua segala sesuatu berlaku.

Semoga Allah mengurniakan kita ilmu yang bermanfaat, kefahaman yang benar serta keberkatan dalam setiap amalan.

Insya-Allah.

Amin ya Rabbal ’Alamin.

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

Whatapp / Call : 0167679867 Man

Minyak Pengasih Pangeran

 



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Minyak Pengasih Pangeran
Minyak Pengasih Pangeran merupakan salah satu minyak pengasih tradisional yang terkenal dinusantara,ianya berasal dari Nanga Badau, kawasan perbatasan antara Sarawak (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia). Daerah ini terkenal dengan warisan budaya masyarakat pedalaman yang kaya dengan pelbagai petua, ramuan herba dan amalan tradisional yang diwarisi turun-temurun.

Menurut cerita lisan masyarakat setempat, nama “Pangeran” diberikan kerana minyak ini dikatakan melambangkan kewibawaan, ketampanan, kelembutan budi serta karisma seorang pangeran. Mereka yang memakainya dipercayai akan tampil lebih berkarisma, memancarkan aura pemikat,berkeyakinan, tenang dan mudah disenangi dalam pergaulan.

Minyak ini sering dijadikan sebagai wasilah ikhtiar untuk meningkatkan karisma,memancarkan aura pemikat,meningkatkan aura penampilan diri, memancarkan aura yang lebih positif serta menambahkan keyakinan ketika bertemu orang ramai. Ramai pengguna menggunakannya ketika berniaga, menghadiri majlis, bertemu pasangan atau menjalankan urusan penting sebagai pelengkap kepada usaha, doa,ikhtiar dan tawakal kepada Allah SWT.

♡♡♡ Manfaat & Khasiat ♡♡♡

* Pengasihan : Meningkatkan daya tarikan peribadi supaya pemakainya kelihatan lebih menarik, berkarisma, atau disenangi oleh orang sekeliling.

* Pemikat hati : digunakan untuk memikat atau memikat hati pasangan atau individu yang disukai.

* Penunduk : Dipercayai mampu melembutkan hati orang yang keras.

* Karisma : Menaikan Aura Karisma,Wibawa,& Menaikan Aura Pemikat.

* Dan Pelbagai manfaat lainya,Insya-Allah.

*Pantang Larang**
* Tidak boleh dilangkah
* Tidak boleh Dibawa ketempat kotor

*Penjagaan*
* Tidak memerlukan penjagaan

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”
Whatapp / Call : 0167679867 Man

Minyak Pelet Semar Mesem

 



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Minyak Pelet Semar Mesem Tanah Jawa Dwi Wipa....
Semar Mesem merujuk kepada ilmu pengasihan, azimat, dan warisan budaya Jawa kuno yang sangat popular dalam dunia mistik Nusantara. Nama ini diambil daripada tokoh pewayangan Semar, yang digambarkan sebagai sosok bijaksana, pengasih, dan sentiasa tersenyum (mesem).

Manfaat & Khasiat :
Digunakan sebagai pengasih pelet untuk memikat hati, menundukkan perasaan, atau membuatkan seseorang jatuh cinta melalui senyuman atau pandangan 
mata & sebagai pelaris perniagaan atau penyeri wajah.

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

Whatapp / Call : 0167679867 Man

Minyak Jayau Buluh Pengerindu

 



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Minyak Jayau Buluh Pengerindu merupakan sejenis minyak jayau tradisonal yang popular dalam masyarakat tradisional Nusantara, khususnya di tanah Borneo.
Ianya dihasilkan secara tradisonal dengan kaedah menanak minyak kelapa hijau & Campuran bunga,Daun- Daun serta Buluh Perindu yang diambil didalam kawasan hutan perdalaman.
Minyak Jayau Pengerindu sering digunakan sebagai ikhtiar untuk pengasihan (menambat kasih sayang), pelaris perniagaan, buka aura , dan pendinding diri daripada gangguan sihir atau santau.

♡♡♡ Manfaat & Khasiat ♡♡♡

* Pengasih,Mengeratkan Kasih Sayang,Dipercayai dapat melembutkan hati, menarik perhatian orang sekeliling, dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pelaris Perniagaan,Digunakan oleh peniaga untuk menarik pelanggan dan melariskan jualan.

* Pendinding Diri, Bermanfaat sebagai ikhtiar untuk peninding pemakai daripada niat jahat, sihir, atau ilmu hitam.

* Karisma,Meningkatkan Keyakinan Diri,Dipercayai dapat membuka aura positif wajah, membuatkan pemakainya kelihatan lebih menarik, berwibawa, dan disenangi dalam pergaulan sosial.

* Pemanis Suara,Berdasarkan mitos asal usul suara merdu seruling buluh pengerindu, minyak ini juga digunakan oleh individu yang bekerja menggunakan suara (seperti penyanyi atau penceramah) dengan harapan suara mereka kedengaran lebih memikat dan mempesonakan pendengar. 

* Pengasihan Umum,Mudah Urusan Kerja,Bukan sahaja untuk pasangan kekasih, ia digunakan supaya majikan, rakan sekerja, atau pihak atasan lebih lembut hati dan mudah bertoleransi dalam urusan kerjaya. 

* Ketenteraman Rumah Tangga,Disimpan di dalam rumah atau bilik tidur sebagai ikhtiar tradisional untuk mengurangkan pergaduhan dan mengekalkan keharmonian antara suami isteri.

* Dan Pelbagai lagi manfaat & Khasiat tersendiri yang boleh dirasai selepas memakainya,Insya-Allah

* Pantang Larang *
* Tidak boleh dipakai didalam tandas
* Tidak boleh dilangkah

* Penjagaan **
* Tidak Memerlukan Penjgaan

**Saiz BotoL**
* 15ml 

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

Whatapp / Call : 0167679867 Man

Minyak Jayau Batu Maram

 



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Minyak Jayau Batu Maram
Dalam kepercayaan masyarakat di Sarawak, dan komuniti pedalaman, Jayau Batu Maram ialah sejenis minyak pengasih atau Geliga yang digunakan untuk tujuan daya penarik dan kewibawaan. Batu ini seolah olah menyerupai buah baram atau asam payak.

1. Maksud dan Komponen
* Jayau: Bermaksud "pengasih" atau pemanis yang bertujuan untuk membuatkan orang lain berasa suka, sayang, atau hormat kepada pemakainya.
* Batu Maram: Merujuk kepada sejenis batu semula jadi,(sering kali dikaitkan dengan batu daripada buah maram atau jenis batuan tertentu) yang dipercayai mempunyai "Aura ,Energy dan semangat" atau tenaga alam.

2. Manfaat & Khasiat Minyak Jayau Batu Maram :
* Pemanis Wajah : Menyerlahkan seri wajah supaya dipandang manis oleh orang sekeliling.
* Daya Penarik (Pelaris): Bukan sahaja untuk urusan jodoh, tetapi juga digunakan oleh peniaga atau pemimpin untuk menarik kepercayaan orang lain.
* Penunduk : Melembutkan hati orang yang keras atau marah terhadap kita.
* Dan Pelbagai Lagi Manfaat lain

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

Call / Whatapp : 0167679867 Man

Minyak Sakang Saribu Guna

 



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Minyak Sakang Saribu Guna
Rahasia Minyak Tradisional Warisan Nusantara Tanah Borneo , Dibuat Semasa Acara Ritual adat pada masa zaman dulu.
Induk minyak ini asalnya dipercayai telah berusia melebihi 100 tahun dan diwarisi turun-temurun sebagai sebahagian daripada warisan dari zaman ke zaman. Minyak ini sangat dikenali di tanah Borneo dan kini amat sukar ditemui kerana kebanyakan induk minyak sakang seribu masih disimpan oleh golongan tua sebagai warisan serta hanya digunakan apabila benar-benar diperlukan.
Minyak yang ditawarkan ini merupakan salinan daripada induk botol minyak berusia lebih 100 tahun. Jumlahnya amat terhad, iaitu hanya 3 botol sahaja, sementara induk minyak asal masih disimpan dan digunakan sehingga ke hari ini.

Manfaat & Kegunaan Tradisional

✦ Ikhtiar Perubatan Tradisional
Digunakan sebagai ikhtiar dalam amalan perubatan tradisional bagi membantu :
• Gangguan sihir dan ilmu guna-guna.
• Gangguan makhluk halus.
• Gangguan sampuk dan rasuk.
• Memulihkan semangat diri selepas mengalami trauma atau ketakutan yang mendalam.
• Mengurangkan kesan badi menurut kepercayaan tradisional.
• Membantu melegakan sengal otot dan sendi.
• Membantu mengurangkan bengkak ringan akibat gigitan serangga.

✦ Peninding & Benteng Ghaib
Secara tradisi digunakan sebagai ikhtiar untuk :
• Peninding diri dan keluarga.
• Peninding rumah, kedai dan tempat perniagaan.
• Ikhtiar Peninding & Benteng ghaib daripada gangguan makhluk halus.
• Ikhtiar menghadapi niat buruk atau gangguan lain.

✦ Pemulihan Semangat
Diamalkan sebagai ikhtiar bagi membantu memulihkan :
• Semangat diri yang lemah.
• Keadaan terkejut akibat trauma atau kemalangan.
• Ketakutan melampau.
• Gangguan emosi yang dikaitkan dengan unsur mistik.
Dan Pelbagai Manfaat yang boleh digunakan secara tradisonal.
1botol minyak mampu bertahan berpuluh puluh tahun lamanya jika dipakai dengan bijak.
Kerana Aura peninding minyak ini cukup disimpan sahaja ia akan aktif sentiasa..

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

Call / Whatapp : 0167679867 Man

Cincin Batu Mustika

 



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Cincin Batu Mustika Raja Raden Abdul Qahar

Berasal Dari Makam Keramat Raja Abdul Qahar..
Seorang Raja yang memeluk Islam, sekali gus mengubah identiti kerajaan tersebut daripada pengaruh Hindu kepada Kesultanan Islam..
Beliau memerintah antara tahun 1472 hingga 1542 Masehi dan merupakan pemerintah ke-6 dalam silsilah Kerajaan Landak.
Sebelum memeluk Islam, beliau dikenali dengan nama Raden Ismara Mahayana atau gelaran Adipati Karang Tanjung Tua.

Berikut adalah peranan utama beliau :

  • Penyebaran Islam: Beliau memulakan proses islamisasi di wilayah Landak melalui perbincangan dengan ulama dari Demak, termasuk Syekh Maulana Ishak dan Syekh Abdul Wahid.

   • Pusat Pentadbiran Baru: Baginda memindahkan pusat kerajaan dari Ningrat Batur ke Mungguk Ayu(Kampung Munggu), yang terletak di pertemuan Sungai Landak dan Sungai Menyuke.

    • Pusat Dakwah :
Beliau mendirikan masjid pertama di Kerajaan Landak sebagai pusat pendidikan agama dan dakwah kepada rakyatnya.

Makam beliau kini menjadi tapak bersejarah yang sangat dihormati di Desa Munggu, Kecamatan Ngabang,Kalimantan.

Asal-Usul Keturunan :
Baginda dikatakan mempunyai darah keturunan Raja Majapahit yang berkahwin dengan puteri ketua suku Dayak, melambangkan penyatuan budaya di Kalimantan Barat.

Untuk Pelbagai Kisah & Cerita Boleh anda Cari sendiri Diggoogle.

untuk sampai ke makam ini anda perlu menaiki sampan (perahu kayu tradisional) untuk menyeberangi Sungai Landak ke lokasi makam. Sampan ini biasanya dikendalikan oleh penduduk tempatan atau juru kunci makam.

Selepas mendarat di tebing seberang, anda akan melalui pintu gerbang dan perlu berjalan kaki sejauh 200–300 meter untuk sampai ke bangunan makam.

Mustika ini didapatkan disana dengan tirakat & Proses Perjalanan susah payah dan memenatkan..

Alhamdulillah Dengan Izin Allah Kami Berjaya mendapatkan satu sahaja Mustika ini..
Sebelumnya Pernah dipakai oleh Guru Selama Bertahun - Bertahun....
Diikat Oleh Tukang Tua Dengan Jenis  Perak Lama & Ukiran Burung Garuda yang Membawa Maksud Simbolik Kejayaan..

Penerangan Penuh Mustika adalah sebagai berikut :

Didapatkan Oleh Arwah Guru Dengan Pelbagai  Ujian yang berat Baik Zahir Mahupun Batin.
Pernah Dipakai Bertahun lamanya oleh arwah guru.

••• Riwayat & Asal Usul :
 Berasal dari Makam Keramat Raja Raden Abdul Qahar.

••• Cara Diperoleh :
Dengan Kaedah berTirakat,Berpuasa,Berzikir & Kaedah Ilmu kebatinan orang lama.

••• Khadam & Penjaga :
*Seorang Yang Sakti ,Berwibawa, Berkharisma Bernama Panglima Raden ...................

••• Fungsi & Keistimewaan :

Mempunyai Dua Varian Warna Hitam & Warna Hijau Berawan Dan Berserat
Mampu Berubah pada masa masa tertentu Kadang Nampak Hitam Kadang Kadang Nampak Hijau...
Unik & Misteri.

Mempunyai 1001 Fungsi & Keistimewaan tersendiri yang sukar dijumpai dengan mustika lain.
Kerana Keistimewaan mustika ini lebih kepada kekuatan, Kesaktian,Kejayaan,Kanuragan,
Perubatan.

••• Fungsi Khusus :
* Kekuatan Ghaib Penjaga Panglima Raden ................
* Kesaktian Ghaib Penjaga Panglima Raden ................
* Kejayaan
* Meningkatkan,Mempertajam, Menaikan Ilmu Kanuragan
* Sebagai Media  Iktiar Perubatan yang berkaitan dengan buatan orang & Gangguan makhluk halus.
* Sebagai Media Pengisian Aura & Energy Kepada orang lain.
* Melipat gandakan Aura & Energy Tenaga dalam.

••• Fungsi Umum :
* Pelias Ilmu Orang
* Peninding
* Kewibawaan Yang Tinggi Laksana Seorang Panglima
* Menaikan  & Membangkitkan Semangat diri & Pertempuran
* Pelias Busung
* Pelias Santet
* Pelias Tenung
* Mudah mendapat Alamat Mimpi Sekiranya ada yang berniat mencuba  / Mengirim santau dll
* Membuka Firasat Batin & kepekaan akan segala hal
* Dan Pelbagai 1001 Fungsi & Keistimewaan Termasuk Kharisma dan pengasih.

••• Pantang Larang :
* Tidak Boleh Takabur,Riya,Meninggi diri
* Tidak Boleh Dibawa Ke tempat kotor
* Jangan Dilangkah

••• Penjagaan :
* Direndam Didalam Sebiji Telur Ayam kampung Selama 1 Malam Kemudian Dibasuh bersih Selepas itu Disapukan Minyak Zafaron Merah.

“Menyingkap Rahsia Alam, Menghayati Kebesaran Allah.”

Call / Whatapp : 0167679867 Man

Minyak Emas Bidadari (Sold Out / Telah ditebus)

 




Assalāmu‘alaikum warahmatullāhi wabarakātuh.
Bismillāhirraḥmānirraḥīm.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maka dengan izin Tuhan sekalian alam,
dicatatkanlah lembaran ini sebagai warisan ilmu dan hikmah,
tentang suatu ramuan Minyak bernama Minyak Emas Bidadari.

Maka tersebutlah suatu ramuan Minyak pengasih yang ampuh & Mujarab,
dinamai dengan Nama Minyak Emas Bidadari,iaitu pertemuan minyak kelapa sulung yang diberkati awal kejadian,
bercampur kapas sulung yang putih lagi suci,dititipi air mata bunian sebagai rahsia kasih alam ghaib,serta diramu dengan unsur Serbuk emas halus
sebagai lambang cahaya, darjat, dan kemuliaan diri.

Adapun emas itu bukan sekadar logam,
tetapi perlambangan nur kekuasaan,
penarik tuah, pengikat rezeki,
dan penyeri martabat manusia di muka alam.
Maka apabila ramuan ini disatukan,
ia menjadi minyak yang hidup,
bernafas dengan cahaya,
dan berkhidmat menurut niat pemiliknya.


● Ramuan & Lambang Minyak Emas Bidardari ●


*Minyak Kelapa Sulung*
Sebagai Lambang rezeki bersih, keberkatan awal, dan penawar jasmani.

*Kapas Sulung*
Sebagai Lambang kesucian niat, kelembutan budi, serta penunduk beradab.

Air Mata Bunian
Sebagai Lambang kasih alam halus, seri ghaib, dan pembuka hijab rasa.

Serbuk Emas
Sebagai Lambang kemuliaan darjat,
penguat aura cahaya,
penarik hormat manusia,
serta pengikat rezeki.


●●Fungsi & Kelebihan●●

Fungsi & Kelebihan Minyak Emas Bidadari ini memiliki 1001 Fungsi kelebihan & mempunyai keindahan tersendiri antara lain :

*Pengasih Sekampung*
Dikasihi & Disenangi Ramai.
Mudah bergaul.
orang tua menghormati,
yang muda menyenangi.

*Seri Diri Cahaya Emas*
Masuk ke mana-mana tempat,
kehadiran dirasa,
bukan kerana suara,
tetapi kerana cahaya diri.

*Seri Wajah*
Wajah tampak berseri,
Seri bukan sekadar manis, tetapi bercahaya,& Ramai yang terpikat apabila dipandang.

*Kharisma Diri*
Aura emas menguatkan karisma,
menjadikan kehadiran lebih dihormati dan disegani.

*Pagar Diri Cahaya Emas
Melindungi aura daripada hasad dengki,
menepis niat buruk dan gangguan halus.
Menutup diri daripada hasad dengki orang lain &
menjauhkan niat merendahkan dan menjatuhkan.

*Pemanis*
Sebagai pelembut rasa,
penyeri budi,
dan pengindah cahaya diri.
Melembutkan hati manusia,
menjadikan pertemuan lebih mesra dan terbuka.

*Penunduk*
Kata mudah diterima,
permintaan tidak ditolak tanpa sebab.

*Pemudah Hubungan*
Baik dalam urusan jual beli, pertemuan,
mahupun pergaulan seharian.
Segala hajat lebih mudah dipertimbangkan,
urusan dipercepat tanpa tekanan.

*Rezeki*
Membuka jalan yang tertutup,
melancarkan usaha yang tersekat,
serta menarik keberkatan ke setiap langkah dan niat.
Yang sempit diluaskan,
yang berat diringankan,
yang jauh didekatkan,
dan yang mustahil menjadi mungkin
apabila rezeki telah dititahkan turun.

*Pelaris*
Pelaris ini membuka pintu rezeki yang tertutup,
melancarkan jual beli,
dan menjauhkan halangan seperti iri, dengki, serta niat tidak baik pesaing.

*Pemikat*
Memancarkan pesona yang sederhana,
menenangkan yang memandang,
mendekatkan yang berjauhan,
serta menumbuhkan rasa senang tanpa paksaan.
Dengan izin Tuhan Yang Maha Pengasih,
pemikat ini mengikat & menumbuhkan rasa percaya, dan menguatkan hubungan agar kekal.

*Sinar Aura diri*
Menyerikan wajah tanpa dihias,
mengindahkan tutur tanpa dipaksa,
serta menjadikan kehadiran terasa menyenangkan dan menenangkan.
Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa,
sinar aura ini menarik kebaikan mendekat,
menjauhkan niat buruk,
dan memagar diri dengan getar positif yang lembut namun berkuasa.
Yang memandang merasa senang,
yang mendekat merasa tenteram,
yang berbicara terasa dihargai.

*Kejayaan*
Melancarkan langkah dalam setiap ikhtiar,
menguatkan tekad ketika diuji,
dan membuka peluang yang sebelumnya tertutup.
Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa,
yang sukar dipermudahkan,
yang tertangguh dipercepatkan,
dan yang buntu diberi jalan keluar.

Maka selain yang telah disebut satu persatu,
terkandung di dalamnya seribu satu kegunaan tersendiri,
yang bekerja menurut niat, adab, dan keizinan Ilahi.
Ada yang terserlah pada zahir,
ada yang berfungsi dalam diam,
ada yang segera dirasa,
dan ada yang beransur-ansur mengikut kesabaran pemiliknya.

Setiap kegunaan berbeza mengikut diri yang memegangnya,
mengikut laku yang diamalkan,
serta mengikut hikmah yang ditentukan Tuhan.
Maka tiadalah segala ini dapat dihitung dengan kata,
kerana manfaatnya luas seperti lautan,
dan rahsianya dalam seperti bumi.

*Adab Pemakaian Minyak Emas Bidadari *

Disapu setitik pada jari manis,
lalu disentuhkan perlahan ke kening,
sebagai tanda memahkotakan seri diri,
menghidupkan cahaya wajah,
dan melembutkan pandangan orang yang memandang.

*Pantang Larang*
Elakkan daripada dilangkah,
sama ada oleh manusia mahupun haiwan.

*Cara Penyimpanan*

Simpan di tempat bersih dan tinggi,

*Penjagaan*
1.Lap botol dengan Tissue
2.Diembunkan menghadap cahaya bulan Biarkan selama satu hingga tiga jam,tidak perlu ditinggalkan semalaman.
Ambil semula sebelum tidur & simpan di tempat asal.
(Sold Out / Telah ditebus)

Minyak pengasih Puteri Bunian (Sold Out / Telah ditebus)

 




Assalāmu‘alaikum warahmatullāhi wabarakātuh.
Bismillāhirraḥmānirraḥīm.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maka dengan izin Tuhan sekalian alam,
dicatatkanlah lembaran ini sebagai warisan ilmu dan hikmah,
tentang suatu ramuan Minyak bernama Minyak Pengasih Puteri Bunian yang Diramu dengan Sehelai Rambut Manis Hitam berkilau seorang Puteri Bunian dan Minyak Yang dibuat dari 41 Jenis Bunga yang dibuat dengan petua kaedah tradisonal.

Adapun maka tersebutlah kisah suatu minyak pengasih yang amat halus kejadiannya, dikenali oleh orang-orang tua zaman dl sebagai Minyak pengasih Puteri Bunian. Minyak ini diperbuat daripada sehelai rambut bunian yang Hitam berkilau, diambil dengan izin dan adatnya, lalu direndam di dalam sari minyak suci yang terhasil daripada empat puluh satu jenis bunga pilihan, dipetik ketika embun masih suci dan cahaya bulan belum terangkat.
Bunga-bunga itu dihimpunkan daripada yang harum dan berseri, ada yang mekar di gunung, ada yang hidup di rimba, ada yang berkembang di tepi mata air, setiap satunya membawa sifat pemanis, penarik, dan penunduk hati. Maka diramu semuanya dengan doa yang halus, disulam dengan niat yang bersih, sehingga terhasil suatu minyak yang bercahaya & Beraura Pengasih.
Minyak ini dikatakan bernaung di bawah lindungan Puteri Bunian yang rupawan, lembut budi dan manis pekertinya, maka barang siapa memakainya dengan adab dan pantang, nescaya bertambah seri wajahnya, lunak tutur katanya, dan mudah diterima di hati insan sekalian.

●●●Fungsi & Kelebihan●●●

*Pemanis Seri Diri
Menyeri wajah dan aura pemakai, menjadikan raut tampak lembut dipandang dan mudah disenangi tanpa dibuat-buat.

*Penaut Budi & Pekerti
Melunakkan tutur kata, mempermudah pergaulan, serta menjadikan perilaku lebih tertib dan disenangi orang sekampung.

*Pembuka Kasih & Simpati
Membuka pintu simpati di hati insan, menumbuhkan rasa senang, hormat, dan kasih secara semula jadi.

*Pelembut Hati yang Keras
Digunakan dengan adab, ia membantu menenangkan suasana, meredakan dingin, dan mencairkan hubungan yang renggang.

*Pengharmoni Rumah Tangga
Dikatakan orang tua-tua, minyak ini membantu menenangkan rasa, menutup perselisihan kecil, dan memupuk saling pengertian.

*Penyeri Rezeki & Urusan
Dengan izin Tuhan, mempermudah urusan jual beli, pertemuan, dan perundingan kerana aura yang disenangi.

*Pendinding Rasa & Jiwa
Menjadi lapik batin agar pemakai tidak mudah terseret emosi, cemburu, atau kata-kata yang menyakitkan.

*Penyeri Pandangan Mata
Menjadikan pandangan pemakai terasa nyaman dan menenangkan, sehingga orang yang memandang tidak berasa janggal atau gelisah.

*Penambat Rasa Setia
Dengan izin Allah, membantu meneguhkan rasa setia dan saling menghargai dalam hubungan yang telah terjalin.

*Pelembut Suasana & Pertemuan
Digunakan sebelum majlis, pertemuan, atau perundingan agar suasana terasa damai, lapang, dan mudah mencapai kata sepakat.

*Penutup Aura Kusam & Lemah
Menghilangkan rasa suram pada diri akibat tekanan, kesedihan, atau keletihan batin, lalu diganti dengan seri yang lembut.

*Penutup Aura Kusam & Lemah
Menghilangkan rasa suram pada diri akibat tekanan, kesedihan, atau keletihan batin, lalu diganti dengan seri yang lembut.

●●Fungsi Minyak  Bunga Yang Dibuat Dengan Petua & Kaedah Tradisional Ramuan 41 Jenis Bunga●●

1.Bunga Melur
Menyeri wajah dan membersihkan aura diri agar tampak bersih dipandang.

2.Bunga Kenanga
Memaniskan budi dan senyuman supaya mudah disenangi.

3.Bunga Cempaka Putih
Melembutkan pandangan mata yang memandang dan dipandang.

4.Bunga Tanjung
Mengharumkan aura halus tanpa bau yang menyengat.

5.Bunga Mawar Putih
Menarik simpati dan rasa kasih secara semula jadi.

6.Bunga Teratai
Menutup seri kusam akibat duka dan keletihan batin.

7.Bunga Anggerik Bulan
Menyinar raut wajah ketika berhadapan insan.

8.Bunga Seroja
Menguatkan tarikan halus lelaki dan perempuan.

9.Bunga Kesidang
Menyeri langkah dan gerak tubuh pemakai.

10.Bunga Raya Merah
Membangkitkan pesona diri yang terpendam.

11.Bunga Mawar Merah
Membuka pintu kasih yang tertutup di hati insan.

12.Bunga Melati Kampung
Menaut budi dan pekerti dalam pergaulan.

13.Bunga Kantil
Melembutkan hati yang keras dan dingin.

14.Bunga Cempaka Kuning
Meneguhkan rasa sayang dalam hubungan sah.

15.Bunga Dahlia
Menambat kesetiaan yang telah berjanji.

16.Bunga Bakawali
Mengharmonikan rumah tangga dan ikatan lama.

17.Bunga Ros Jepun
Menyatukan rasa ketika perselisihan kecil.

18.Bunga Telang Putih
Membuka jalan damai dan saling memaafkan.

19.Bunga Senduduk
Menjaga hubungan agar tidak mudah retak.

20.Bunga Kemboja Putih — Menenangkan cemburu dan syak wasangka.

21.Bunga Teratai Merah
Menaikkan wibawa halus tanpa paksaan.

22.Bunga Kekwa Putih
Menarik hormat orang tua dan atasan.

23.Bunga Soka
Melembutkan suasana majlis dan pertemuan.

24.Bunga Orkid Hutan
Menyeri tutur kata agar mudah diterima.

25.Bunga Kacapiring
Membuka rezeki melalui pergaulan baik.

26.Dahlia Kuning
Menarik kepercayaan dalam urusan.

27.Bunga Kemuning
Menguatkan pengaruh baik dan adab.

28.Bunga Lili Putih
Melapik diri dari kata-kata kasar orang lain.

29.Bunga Matahari
Menundukkan ego dengan hikmah dan sedar diri.

30.Bunga Padi Berbunga
Menyeri nama baik di mata masyarakat.

31.Bunga Teratai Biru
Menyeimbangkan emosi dan naluri diri.

32.Bunga Lavender
Menenangkan hati yang gelisah dan fikiran kusut.

33.Bunga Kelor Berbunga
Mendinding aura dari hasad dan iri halus.

34.Bunga Pegaga Berbunga
Melindungi rasa batin daripada gangguan.

35.Bunga Nilam
Menguatkan fokus niat dan doa.

36.Bunga Selasih
Memelihara semangat agar tidak mudah luntur.

37.Bunga Bidara
Menutup pintu niat songsang yang mendatang.

38.Bunga Cendana Berbunga
Menyaring tenaga asing yang melemahkan.

39.Bunga Teratai Putih
Menjaga adab pemakai agar tidak melampau.

40.Bunga Kenaf Berbunga
Memelihara rahsia supaya khasiat tidak pudar.

41 .Bunga Bakung Suci (Bunga Kunci)
Mengikat niat & Pengunci
sehingga terbukalah segala khasiatnya.

●●●Pantang Larang●●●

*Jangan dipakai untuk merosakkan rumah tangga orang.

*Jangan dipakai berlebihan
Setitik sudah memadai.

*Jangan dipakai ketika tubuh dalam keadaan najis berat
Bersihkan diri terlebih dahulu.

*Jangan dibawa masuk ke tempat hina dan kotor.
Seperti tandas atau tempat maksiat.

*Jangan Dilangkah.

*Jangan dipakai untuk menunjuk-nunjuk kelebihan diri.

*Jangan digunakan ketika haid


●●●Cara Penyimpanan●●●

*Disimpan di tempat tinggi dan bersih
Letakkan minyak di tempat yang tidak dilangkahi.

*Jika dibawa bepergian, bungkus dengan kain bersih
Sebaiknya kain berwarna kuning Atau berwarna Merah Jambu.

●●●Cara Penjagaan●●●

*Diembunkan bawah cahaya bulan malam Jumaat atau purnama seketika.


●●●Cara Pemakaian●●●

*Sapukan minyak dengan lembut & perlahan pada salah satu atau gabungan tempat berikut (ikut keperluan) :
*Kening
untuk seri wajah dan daya tarikan.
*Bibir atas
untuk.pemanis tutur kata
*Belakang telinga
untuk pendengaran tajam
*Jari manis
untuk pengikat budi dan kelembutan rasa.
*Dada (hati)
untuk ketenangan dan keseimbangan emosi.
*Leher
untuk wibawa dan kesan ketika berbicara.
*Tubuh ( Satu Badan )
untuk keseluruhan fungsi
Sapukan dari atas kepala sampai ke ujung kaki.

Biarkan minyak meresap sendiri.
Jangan terus mencuci atau menyapu minyak lain di tempat yang sama.

●●Cara Pengunaan Buka Aura dengan Mandian Minyak Pengasih Puteri Bunian●●

*Penyediaan Air Bunga
Sediakan satu bekas air bersih.
(air telaga, air hujan, atau air paip yang ditadah)

Masukkan campuran bunga-bunga harum (sekadar yang ada), seperti melur, kenanga, mawar, cempaka, atau bunga taman yang bersih.

Tambahkan 3 atau 7 titis Minyak Pengasih Puteri Bunian ke dalam air tersebut.

Dibiarkan selama 15 minit - 1 Jam selepas itu baru mandi.

*Cara Mandi
Mandi seperti biasa terlebih dahulu.
Setelah selesai, curahkan air bunga bermula dari :
Kepala
Wajah
Bahu kanan
Bahu kiri
Seluruh tubuh
Curahan hendaklah perlahan sambil menghadirkan niat yang baik.

Sesuai Digunakan sesiapa sahaja baik lelaki & perempuan..
          (Sold Out / Telah ditebus)