Gambar sekadar Hiasan |
Teknik Mengubati Histeria / Kerasukan
Dengan berlalunya masa di era yang modern sekarang ini masih ramai yang selalu terkena histera / Kerasukan oleh Makluk Halus...
Pelbagai sebab Antara yang terkena histeria / kerasukan...
Menurut cerita orang tua Zaman dulu Histeria / Terkena rasukan disebabkan oleh diri yang mempunyai semangat yang lemah,Terlangkah sesuatu barang mistik yang ditanam dan dihuni oleh jin.. Terlanggar makhluk halus, Menganggu kawasan makhluk halus,Mempunyai saka,Gangguan saka,Gangguan makluk Jin, gangguan jin kiriman oleh orang yang dengki dan banyak lagi sebab2 yang boleh membuat sesorang dirasuki oleh makluk halus....
Kali ini saya akan kongsikan Pelbagai teknik - Teknik untuk membantu menyadarkan orang yang terkena histeria / kerasukan........
Semoga bermanfaat untuk anda semua....
Yakinlah segala sesuatu itu atas izin Allah... Hanya Allah yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit...
Sebagai manusia Kita wajib berdoa dan berikhtiar....
#Kaedah Ruqyah#
Untuk mengubati orang yang terkena histeria / Kerasukan dengan kaedah ruqiyah yaitu dengan membaca :
*Surah Alfatihah 1x
*Ayat Kursi 1x
*2 ayat terakhir Surah Al-Baqarah
*Surah Al-Ikhlas 1x
*Surah Al-Falaq 1x
*Surah An-Naas
Selepas membaca kemudian ditiupkan dengan keras ketelinganya hingga orang tersebut sedar kembali...
Apabila ia menjerit atau menangis selepas anda meniupkan ketelinganya, seeloknya anda biarkan sahaja dan tetap fokus pada orang tersebut sampailah ia sedar kembali seperti sedia kala...
#Kaedah Menggunakan Segelas Air putih#
Sediakanlah segelas air putih kemudian letakkan sedikit garam dan bacalah:
*Surah Al-Ikhlash 11x
*Surah Al-Fatihah 11x
*Dan bacaan Wirid Istigfar Sebanyak 33x
Tiupkan ke air putih tersebut lalu beri minum dan sapukan kemuka orang yang terkena histeria / Kerasukan tadi.
InsyaAllah atas pertolongan Allah...
Maka makluk halus yang merasuki tubuh akan keluar dengan sendirinya..
Kedah Tenaga Dalam
Untuk mengubati dengan kaedah ini sebelumnya anda harus menguasai tenaga dalam..
Rasanya tidak perlu saya ceritakan panjang lebar mengenai kaedah perubatan menggunakan tenaga dalam,
Ramai yang sudah tau mengenai Energy Tenaga dalam yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan dan untuk Kegunaan diri sendiri...
Caranya :
*Membaca
Bismillah hirrahman nirrahim 1x
*Ayat Kursi 1x
*Surah An-Naas 1x
*Surah Al-Falaq 1x
*Surah Al-Ikhlash 1x
Kemudian Tarik Nafas dalam2 Pejamkan mata letakkan tangan anda diubun2 orang yang terkena histeria, jika anda ingin menarik dari kepala...
Jika dari kaki letakkan tangan anda pada ibu jari kaki orang yang terkena histeria tarik nafas dalam2 dan tarik...
InsyaAllah telapak tangan anda akan merasai sesuatu energy yang ditarik daripada badan orang yang terkena histeria tersebut dan orang tersebut akan sedar kembali...
Kaedah Tekan Saraf
Caranya
*Membaca
Bismillah hirrahman nirrahim 1x
*Ayat Kursi 1x
*Surah An-Naas 1x
*Surah Al-Falaq 1x
*Surah Al-Ikhlash 1x
Kemudian Tekan guna ibu jari pada jari2 telapak tangan atau hujung ibu jari kaki orang yang terkena Histeria / Kerasukan tadi...
Jika orang tersebut berteriak kesakitan / Menangis biarkan Sahaja...
Buat sehingga orang tersebut sedar....
Sebenarnya banyak lagi Teknik2 serta petua2 untuk mengubati orang yang terkena histeria / Kerasukan....
Hanya ini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada anda..
InsyaAllah Nanti akan saya kongsikan kembali Teknik2 lain dan Pelbagai Petua orang lama....
Semoga bermanfaat.....
No comments:
Post a Comment