Minyak Keramat Kasih


 Minyak Keramat Kasih

Minyak ini hasil perpaduan & percampuran pelbagai jenis Ilmu pengasih & pelbagai jenis barang mistik yang mempunyai aura pengasihan...Dibuat Selama 3hari & Ditapakan selama 99  hari Diatas Puncak Bukit perkampungan bunian... Ditambah dengan  campuran Amalam kebatinan Pengasihan...Minyak ini Hanya boleh dibuat 3 Tahun satu kali.. kerana cukup susah untuk mencari Masa yang sesuai dan mengumpulkan barangan mistik campuran minyak ini...

Antara beberapa Barangan mistik yang dicampurkan yanh boleh saya nyatakan antaranya :

*Kayu Balabak

*Kayu Combong Keramat

*Kayu Pitunduk/Penuduk

*Kayu Pengikat Hati

*Buntat Asam

*Kemenyan Bunian

*Jarum emas

*Dan pelbagai barangan mistik yang  dicampurkan Supaya menambah lagi auranya minyak ini....Minyak keramat kasih ini sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang mahu mencuba berikhtiar menyelesaikan masalah pengasihan..Minyak keramat kasih ini mempunyai 1001 fungsi & Kelebihan untuk Tujuan pengasihan mengikut kehendak & niat..

Antara beberapa fungsi & kelebihan yang boleh saya nyatakan :

* Pengasihan Umum & Khusus

*Pengasihan Tempat kerja & Juga boleh digunakan untuk Merantau supaya Dikasihi orang ramai.

*Memukau Hati orang ramai

*Sebagai Ikhtiar Pelaris

*Ikhtiar Pengasih pasangan

*Aura Pemikat Yang Ampuh

*Dan pelbagai fungsi & Khasiat yang boleh dirasai selepas memakainya...InsyaAllah...

*Pantang larang :

- Tidak boleh Digunakan untuk mengacau rumah tangga orang lain

-Botol Minyak tidak boleh dilangkah secara sengaja

-Tidak boleh Membawa minyak ini Semasa menaiki boat/perahu disungai

*Penjagaan :

*Perlu diasapkan setanggi sekurang2nya 1Tahun 1x

Apabila disimpan perlu letakkan beras & daun pandan bersama...

Mahar rm517 ( Beserta Jarum Jahit 1 & Kain Kuning Sedikit )

Jika berminat silakan hubungi saya..

Kayu LAMJALLAH ( NOT FOR SALE )

Kayu LAMJALLAH ( NOT FOR SALE )
ASSALAMUALAIKUM.........
Setiap pengamal kebatinan tentu mengetahui Rahasia Amalan Asma LAMJALLAH....
Terlebih lagi jika digabungkan dengan simbol unsur energy alam yang terdapat pada kayu & batu & pelbagai barangan lainnya..
Kayu ini saya dapatkan 8bulan lepas diatas puncak bukit cepal semasa perjalalan kerohanian dibeberapa bukit didaerah batu pahat....
Ingin dijadikan cerita semasa hendak hiking ke atas bukit cuaca pun sudah mulai menunjukkan petanda, mendung dan mulai gelap seperti akan turunnya  hujan yang sangat lebat,tapi yang peliknya setelah tiba di puncak bukit dan selepas memotong kayu ini kurang lebih 15 minit cuaca tiba2 kembali cerah dan tiada tanda2 seperti mahu hujan dan sebagainya...
Wallahualam... Hanya Kuasa Allah yang mampu berbuat sedemikian setiap kejadian adalah rahasia Allah...
Kayu ini saya update sebagai tatapan para sahabat pengunjung blog dan tidak untuk dilepaskan terkecuali boleh dipinjamkan kepada orang yang benar2 dalam keadaan darurat...
Kayu ini sangat sesuai dipakai untuk ikhtiar oleh anda yang melakukan kerja2 yang berbahaya...
Tidak digalakkan digunakan oleh orang yang bersifat angkuh / Tinggi diri...
Akhir kata semoga dengan perkongsian ini dapat menambah ilmu & wawasan sahabat sekalian didalam bidang mistik & Rahasia Ilmu kebatinan....
Sebenarnya banyak lagi rahasia yang mahu saya ceritakan mengenai Rahasia kayu & permata LAMJALLAH.. akan tetapi saya mohon maaf kerana saya tidaklah pandai dalam hal karangan & penulisan blog...insyaAllah lain hari nanti saya akan kongsikan serba sedikit perjalanan mistik mendapatkan pelbagai barangan mistik & Kaedah serta pelbagai petua & Ilmu membuat minyak pengasih...

Kayu Mantoku (Sold Out / Telah ditebus)

Kayu Mantoku
Kayu ini berasal dari perkampungan orang sungai di sabah..
Kayu ini diberikan secara ghaib oleh dewa2 yang merasuk atau bahasa sabah nya berturun  semasa proses ritual perubatan secara adat kampung... berada didalam simpanan saya selama 5tahun...
Sekarang saya ingin lepaskan pada sesiapa yang mahu memakainya....
Kayu ini mempunyai 1 khodam puteri hutan atau lebih dikenali sebagai pari2...bentuk fizikal yang unik dan berenergy serta auranya anda boleh rasai...  anda akan dapat merasakan denyutan energy pada tubuh anda jikalau anda memegang kayu ini...
Kayu ini juga memiliki energy alam & energy ghaib yang kuat yang berasal dari negeri sabah...
Antara fungsi & kelebihan kayu ini :
*Pengasih umum yang ampuh
*Pemikat lawan jenis
*Penarik rezeki pelbagai penjuru
*Kejayaan & Kelancaran usaha
*Pelimun diri
*Peninding dari sihir & Permainan orang
*Dan pelbagai lagi fungsi & kelebihan yang boleh dirasai selepas memakainya..InsyaAllah berkesan...

Cara penjagaan :
*Sapukan minyak wangi haruman bunga melur / Kenanga ( Minyak akam disertakan sekali )

Cara pemakaian :
*Perlu dibungkus dengan kain kuning apabila dibawa berpergian (Kain kuning akan disertakan sekali )

Pantang larang :
*Tidak boleh dilangkah
*Tidak boleh dipegang oleh wanita tengah period.

Nama khadam :
*Nama akan diberitahu selepas pindah milik
      (Sold Out / Telah ditebus)

Buntat Batu tumanggong (Sold Out / Telah ditebus)



Buntat Batu tumanggong
Buntat batu ini diperolehi oleh ayah pada sahabat saya semasa beliau berehat dibatu tumanggong setelah penat memasang pukat disungai,batu tumanggang ini adalah merupakan sebuah batu besar seperti pulau kecil di tengah2 sungai yang bersebelahan dengan lautan,perjalan ke batu tumanggong dari kediaman beliau memakan masa lebih kurang 2jam..buntat batu ini beliau temui didalam batu tumangong dikawasan  beluran,sabah...
Batu tumanggong mengikut cerita penduduk disana dipercayai mempunyai aura mistik & keindahan tersendiri... ( Silahkan google bagi yang tidak pernah mendengar kisah batu tumanggong )
Buntat batu ini mempunyai keindahan tersendiri yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar...
Dinamakam buntat batu kerana selepas mendapatkan batu ini beliau bermimpi seorang lelaki berbadan besar memberi tahu barang yang beliau dapat itu adalah buntat batu tumanggong  selepas diberitahu beliau pun terjaga dari tidurnya..
Perjumpaan saya dengan ayah sahabat saya semasa perjalanan spiritual ke batu tumanggong menaiki boat kecil kurang lebih 2 jam perjalanan dari hujung kg....
Beliau sendiri yang menghantar saya & menunjukan lokasi batu tumanggong.....
Selepas sampai & membuat upacara ritual disana barulah beliau terdetik hati menceritakan kisah mistik yang beliau alami sendiri di batu tumanggong...
Sampai sekarang beliau bertanya2 kepada saya siapakah lelaki bertubuh besar yang datang didalam mimpinya......
Saya hanya tersenyum sambil bergurau kepada beliau mungkn itu bunian penjaga kawasan sana... walaupun tahu adalah tidak dibenarkan memberitahu kepada sesiapa biarlah ia menjadi rahasia...
Buntat batu ini diberikan kepada saya kerana beliau tidak tahu cara menjaga & menggunakannya....
Buntat batu ini sudah dimandikan air 9bunga & Diritualkan di batu tumanggung untuk menarik kembali fungsi & khasiat serta aura keramat yang ada pada buntat ini....
Buntat batu ini mempunyai power & energy yang kuat tidak sesuai untuk orang yang berumur dibawah 30tahun....
Antara fungsi & kelebihan yang ada pada buntat batu tumanggong ini antaranya :
*Kekuatan Fizikal bertambah
*Kekuatan Batin Bertmbah
*Boleh digunakan untuk memperkuat amalan ilmu2 yang pernah dipelajari
*Untuk Keperkasaan Senjata Lelaki ( Perlu direndam dimangkok putih & tambahkan telur ayam kg dan diamalkam selama 41 hari )
*Peninding dari permainan orang ( Santau,sihir,pukau dan lain - lain )
*Disegani & Dohormati oleh orang ramai
*Tahan kulit & tahan Peluru apabila dalam keadaan darurat
*Sebagai media perubatan gangguan & Penyakit misteri
*Dan pelbagai fungsi / Khasiat yang akan dirasai selepas memakainya....
 ******Pantang larang*******
*Tidak boleh memaki hamun semua jenis batu, baik batu permata , batu laut ,batu digunung dan lain2..

 *Penjagaan : Sapukan minyak wangi hajar asuad / direndam air sungai / air perigi...
   (Sold Out / Telah ditebus)

Minyak Perkasih Tulang Duyung

Minyak Perkasih Tulang Duyung
Minyak ini dihasilkan 4 bulan lepas... Diramu dengan tulang ikan duyung & kelapa tunggal yang dimasak oleh wanita mengandung....
Setelah siap dikerjakan minyak ini ditapakan selama 7 hari 7malam di tepi laut untuk menyempurnakan power & aura pada minyak ini....
Minyak Perkasih ini mempunyai 2 khadam pengasih..

*Fungsi / Kelebihan :
*Sebagai Media Pelaris yang ampuh
*Iktiar Pengasih umum &Khusus & Rumah tangga
*Pemikat lawan jenis
*Kejayaan
*Pelancar bisnes / usaha
*Boleh juga digunakan untuk menundukan & mengikat pasangan
*Disukai oleh orang ramai
*Sangat sesuai digunakan untuk orang yang bekerja menyangkut orang ramai..
*Dan pelbagai khasiat / kelebihan yang boleh dirasai selepas memakainya..InsyaAllah...

*Pantang Larang :
Minyak Perkasih Tulang Duyung ini tidak mempunyai banyak pantangan yang berat.....
Pantang larang semasa memiliki minyak ini yaitu Minyak ini tidak boleh dilangkah oleh sesiapa sahaja termasuk pemilik...

Mahar rm377

Minyak Pengasih Mayang Sari (Sold Out / Telah ditebus)

Minyak Pengasih Mayang Sari
Minyak pengasih ini pemberian dari Puteri Mayang sari yang berasal dari kerajaan kayangan.....
Power dan aura minyak ini hampir sama dengan minyak pengasih mayang kayangan...
Jika rezeki anda,minyak pengasih Puteri mayang sari ini mampu bertambah atau berkurang setiap malam bulan purnama penuh...
Minyak pengasih ini dijaga oleh seorang puteri yang berasal dari kayangan..

*Fungsi / Kelebihan :
Seperti minyak pengasih mayang kayangan... minyak ini juga mempunyai 1001 fungsi & kelebihan tersendiri mengikut niat pemakai...Insya Allah

Nasihat saya tolong jangan disalah gunakan, jika disalahgunakan minyak ini boleh hilang secara ghaib..

*Penjagaan :
Perlu diembunkan selama 1 malam diluar rumah setiap bulan purnama penuh..

Pantang larang ;
*Tidak boleh digunakan untuk tujuan tidak baik seperti mengacau rumah tangga orang lain
*Tidak boleh riak / Tinggi diri

(Sold Out / Telah ditebus)

Rajahan Kalacakra + Bunga Serai

Rajahan Kalacakra + Bunga Serai
Rajahan ini digabungkan dengan bunga serai dibuat selama 3 hari berpuasa mutih...
Mempunyai aura & energy yang ampuh
Untuk pegangan diri..
Fungsi & Kelebihan :
*Pelaris usaha,kedai, mahupun pelaris diri
*Peninding pagar diri dari sihir & Santau
*Pengasih & Pemikat umum
*Media perubatan untuk sakit demam panas,Keteguran,dan penyakit misteri
*Meningkatkan Kharisma diri
*Meningkatkan kepercayaan diri
*Menghilagkan rasa gemuruh pada diri apabila berjumpa dengan orang ramai
*Penarik kasih simpati pada boss/ atasan
*Dan pelbagai lagi kelebihan yang boleh dirasai selepas memakainya InsyaAllah..
Mahar rm127