Jenglot (Sold Out / Telah ditebus)



Saya mempunyai 1 jenglot,yang di hadiahkan oleh seorang sahabat saya dari jawa barat
dia mengatakan kepada saya bahawa jenglot yang ia berikan kepada saya itu
adalah jenglot asli,hehehekeke saya tersenyum sahaja mendengar pernyataan dari kawan saya itu
kerana saya tahu jenglot tersebut bukanlah jenglot yang asli,.tetapi saya menerima baik jenglot ini atas rasa hormat kepadanya dan saya tidak memberitahu teman saya bahawa jenglot yang dia berikan kepada
saya itu bukanlah yang asli kerana saya tidak mahu menjatuhkan air mukanya dan saya juga memberikannya
satu batu mustika atas rasa terima kasih saya kepada teman saya itu.
Alhamdulillah batu mustika yang saya berikan kepadanya atas izin Allah swt dia merasai perubahan dari segi
pengasih dan rezeki serta kehidupan sehari - hari nya selepas memakainya.
jenglot ini sudah 6bulan berada dalam simpanan saya,dan saya hanya menyimpannya
sebagai barangan koleksi saya sahaja.
jika anda lihat jenglot ini ianya sama seperti jenglot yang asli,tetapi untuk
pengetahuan anda jenglot yang asli ada cara penjagaannya yang khusus.dan bukannlah senang untuk mendapatkan jenglot yang asli.
kerana banyak pelbagai dugaan dan ujian yang datang semasa kita mahu mendapatkannya.
kerana jenglot ini bukanlah yang asli terdetik hati saya untuk memaharkan jenglot ini pada
sesiapa yang berminat untuk tujuan koleksi sahaja,kerana saya memang sudah ada menyimpan jenglot yang asli sebelum sahabat saya memberikan jenglot ini kepada saya. ^_^
jenglot ini sangat sesuai untuk di jadikan barangan koleksi anda kerana ianya bukanlah yang asli dan
tidak memudaratkan bagi anak-anak kecil mahupun sesiapa sahaja.
(Sold Out / Telah ditebus)

No comments: